Berita Harian

http://www.bharian.com.my/

Tuesday 17 July 2012

 SET 1
KEPERIHALAN
Soalan 1.
Murid-murid mempunyai hobi,nyatakan kelebihan-kelebihan hobi  kamu.
Jawapan :

Hobi merupakan aktiviti yang dilakukan oleh seseorang bagi mengisi masa lapang. Antara hobi yang biasa dilakukan oleh murid-murid sekolah termasuklah membaca buku cerita, bersukan, menanam pokok bunga, mengumpul syiling, berkhemah dan memancing.


Hobi saya ialah  memasak. Saya gemar memasak sejak berumur lapan tahun lagi. Ketika itu,saya kerap membantu ibu di dapur semasa ibu sibuk memasak.Saya menolong  ibu mengupas ubi kentang,menghiris bawang  dan  mengacau  masakan. Lama kelamaan saya semakin pandai memasak kerana kerap melihat cara-cara ibu saya memasak. Bermula dari  situ saya semakin minat memasak.
     
Antara kelebihan hobi saya ialah memudahkan  saya menyediakan makanan saya dan keluarga jika ibu saya sibuk atau pun  sakit.Ini amat menguntungkan kerana saya tidak perlu membeli makanan di luar jika ibu tidak dapat menyediakan makanan untuk saya. Di samping itu , hobi memasak mempunyai kelebihan yang amat  penting iaitu kebersihan makanan yang saya sediakan terjamin berbanding dengan makanan yang dibeli di luar.

Seterusnya hobi  saya mempunyai kelebihan kerana melalui hobi tersebut saya dapat mengumpulkan ahli keluarga saya beramai-ramai .Contohnya semasa hujung minggu lalu, saya telah menyediakan  mi  sup. Selepas menyediakan masakan tersebut saya telah menjemput saudara yang tinggal berhampiran rumah saya untuk menikmati masakan tersebut. Cara sebegini dapat mengumpul dan merapatkan hubungan ahli keluarga saya.
                
Saya juga bercadang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang masakan setelah tamat tingkatan lima.Saya amat yakin kebolehan memasak  yang saya warisi daripada ibu akan membantu saya mencapai cita-cita untuk membuka sebuah restoran pada suatu hari nanti. Ini membuktikan bahawa hobi yang saya miliki mendatangkan kelebihan kepada saya  sepanjang masa.
              
Secara umumnya hobi  seseorang akan  mendatangkan kelebihan-kelebihan jika dilakukan dengan cara yang sistematik  dan berterusan dengan menyesuaikan hobi tersebut mengikut kesesuaian masa dan keadaan persekitarannya.


No comments:

Post a Comment