Berita Harian

http://www.bharian.com.my/

Sunday 29 July 2012

Karangan Autobiografi


                                                                    Aku Sebuah Kereta
Wah, hebat sungguh diriku!Aku bernama Proton Wira yang berwarna merah hati.Bentukku sungguh menarik.Ramai yang mencemburuiku sejak aku dilahirkan lagi.Lebih-lebih lagi yang mencemburui aku ialah kaum kerabatku sendiri.
Setelah usiaku dua bulan,aku dipindahkan dari  kilang di Shah Alam ke kedai pameran kereta di Ampang,Selangor.Aku dipamerkan di sana selama beberapa minggu bersama-sama kawan-kawanku yang lain.Ramai sungguh pengunjung yang singgah untuk melihat aku dan kawan-kawanku.
Akhirnya aku dibeli oleh seorang setiausaha sebuah syarikat perkapalan antarabangsa.Beliau yang bergaya membeliku dengan harga RM 60,000.00.Maka berpindahlah aku dari bilik pameran itu ke tangan setiausaha yang baru berumur awal 20-an itu.
Pemilikku masih bujang,menetap di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur.Aku di tempatkan bersama-sama rakanku yang lain di tingkat bawah.Tempat penginapanku selesa dan dapatlah aku berlindung dari panas dan hujan.Rutin harianku bermula seawall jam 7.00 pagi,pada waktu itu,pemilikku akan memanaskan tubuhku selama lima minit dan  memanduku dengan laju menuju ke pejabatnya.Beliau seorang yang cermat dan amat berhati-hati ketika memanduku di tengah-tengah  bandaraya Kuala Lumpur.
Suatu hari hujan turun renyai-renyai.Seperti biasa jam 5.00 petang aku ditugaskan untuk membawa pemilikku pulang ke rumah.Tanpa disangka-sangka sebuah lori yang dipandu laju gagal mengawal sterengnya.Tubuhku dihentam dari belakang.Aduh,sakitnya tidak dapat digambarkan!Aku terbabas ke bahu jalan.Tuanku yang jelita itu agak panik.Beliau terus menghubungi pekerja sebuah bengkel lalu aku dihantar ke bengkel sehingga kini.Aku masih belum dibaiki lagi.

Monday 23 July 2012

Mari kita tonton video di bawah....


1. Apakah mesej yang hendak disampaikan oleh iklan di atas.

2.Senaraikan tanggungjawab anak terhadap ayahnya.

Sunday 22 July 2012

Sila tonton video di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan berikutnya




1.  Senaraikan cara-cara menjadi murid cemerlang.

2. Tuliskan langkah-langkah menghasilkan sebuah karangan mengikut  tajuk di dalam video.

Tuesday 17 July 2012

 SET 1
KEPERIHALAN
Soalan 1.
Murid-murid mempunyai hobi,nyatakan kelebihan-kelebihan hobi  kamu.
Jawapan :

Hobi merupakan aktiviti yang dilakukan oleh seseorang bagi mengisi masa lapang. Antara hobi yang biasa dilakukan oleh murid-murid sekolah termasuklah membaca buku cerita, bersukan, menanam pokok bunga, mengumpul syiling, berkhemah dan memancing.


Hobi saya ialah  memasak. Saya gemar memasak sejak berumur lapan tahun lagi. Ketika itu,saya kerap membantu ibu di dapur semasa ibu sibuk memasak.Saya menolong  ibu mengupas ubi kentang,menghiris bawang  dan  mengacau  masakan. Lama kelamaan saya semakin pandai memasak kerana kerap melihat cara-cara ibu saya memasak. Bermula dari  situ saya semakin minat memasak.
     
Antara kelebihan hobi saya ialah memudahkan  saya menyediakan makanan saya dan keluarga jika ibu saya sibuk atau pun  sakit.Ini amat menguntungkan kerana saya tidak perlu membeli makanan di luar jika ibu tidak dapat menyediakan makanan untuk saya. Di samping itu , hobi memasak mempunyai kelebihan yang amat  penting iaitu kebersihan makanan yang saya sediakan terjamin berbanding dengan makanan yang dibeli di luar.

Seterusnya hobi  saya mempunyai kelebihan kerana melalui hobi tersebut saya dapat mengumpulkan ahli keluarga saya beramai-ramai .Contohnya semasa hujung minggu lalu, saya telah menyediakan  mi  sup. Selepas menyediakan masakan tersebut saya telah menjemput saudara yang tinggal berhampiran rumah saya untuk menikmati masakan tersebut. Cara sebegini dapat mengumpul dan merapatkan hubungan ahli keluarga saya.
                
Saya juga bercadang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang masakan setelah tamat tingkatan lima.Saya amat yakin kebolehan memasak  yang saya warisi daripada ibu akan membantu saya mencapai cita-cita untuk membuka sebuah restoran pada suatu hari nanti. Ini membuktikan bahawa hobi yang saya miliki mendatangkan kelebihan kepada saya  sepanjang masa.
              
Secara umumnya hobi  seseorang akan  mendatangkan kelebihan-kelebihan jika dilakukan dengan cara yang sistematik  dan berterusan dengan menyesuaikan hobi tersebut mengikut kesesuaian masa dan keadaan persekitarannya.


Monday 16 July 2012


KATA BANTU ASPEK

 Digunakan untuk menimbulkan suasana dan perbezaan masa iaitu sama ada masa lampau, masa ini  atau masa hadapan.

telah
Para pekerja telah diarahkan pulang sebentar tadi.
sudah
Sebelum tidur, Salihah sudah menyiapkan kerja sekolahnya.
baru
Murid-murid itu baru tiba tadi.
pernah
Kakak saya pernah mengajar di negeri Sabah.
sedang
Kamal sedang mendengar lagu.
masih
Kejadian itu berlaku ketika saya masih kecil lagi.
akan
Marina akan ke sana secepat mungkin yang boleh.
mula
Kapal terbang mula bergerak setelah mendapat arahan.
belum
Buah durian itu belum gugur lagi.

KATA BANTU RAGAM

Bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan.

hendak
Abang hendak pergi kerja.
mahu
Farhanah dan rakan-rakannya mahu belajar secara berkumpulan.
harus
Awak harus berhati-hati apabila hendak menyeberangi sungai itu.
mesti
Sebelum keluar dari bilik darjah, awak mesti memakai pas keluar.
boleh
Kita boleh ke sana dengan berjalan kaki sahaja.
dapat
Dari raut wajahnya, saya dapat tahu masalahnya.
enggan
Salina enggan memakai baju itu kerana terlalu jarang.
patut
Dia patut datang hari ini juga.
mungkin
Mereka mungkin lambat balik hari ini.

Sunday 15 July 2012

Bidang
Benda yang luas, lebar dan rata.

Contoh:-
Tanah, tikar, permaidani, sawah, layar dan bendang.