Berita Harian

http://www.bharian.com.my/

Sunday 29 July 2012

Karangan Autobiografi


                                                                    Aku Sebuah Kereta
Wah, hebat sungguh diriku!Aku bernama Proton Wira yang berwarna merah hati.Bentukku sungguh menarik.Ramai yang mencemburuiku sejak aku dilahirkan lagi.Lebih-lebih lagi yang mencemburui aku ialah kaum kerabatku sendiri.
Setelah usiaku dua bulan,aku dipindahkan dari  kilang di Shah Alam ke kedai pameran kereta di Ampang,Selangor.Aku dipamerkan di sana selama beberapa minggu bersama-sama kawan-kawanku yang lain.Ramai sungguh pengunjung yang singgah untuk melihat aku dan kawan-kawanku.
Akhirnya aku dibeli oleh seorang setiausaha sebuah syarikat perkapalan antarabangsa.Beliau yang bergaya membeliku dengan harga RM 60,000.00.Maka berpindahlah aku dari bilik pameran itu ke tangan setiausaha yang baru berumur awal 20-an itu.
Pemilikku masih bujang,menetap di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur.Aku di tempatkan bersama-sama rakanku yang lain di tingkat bawah.Tempat penginapanku selesa dan dapatlah aku berlindung dari panas dan hujan.Rutin harianku bermula seawall jam 7.00 pagi,pada waktu itu,pemilikku akan memanaskan tubuhku selama lima minit dan  memanduku dengan laju menuju ke pejabatnya.Beliau seorang yang cermat dan amat berhati-hati ketika memanduku di tengah-tengah  bandaraya Kuala Lumpur.
Suatu hari hujan turun renyai-renyai.Seperti biasa jam 5.00 petang aku ditugaskan untuk membawa pemilikku pulang ke rumah.Tanpa disangka-sangka sebuah lori yang dipandu laju gagal mengawal sterengnya.Tubuhku dihentam dari belakang.Aduh,sakitnya tidak dapat digambarkan!Aku terbabas ke bahu jalan.Tuanku yang jelita itu agak panik.Beliau terus menghubungi pekerja sebuah bengkel lalu aku dihantar ke bengkel sehingga kini.Aku masih belum dibaiki lagi.

No comments:

Post a Comment